sapektures
syafik
By: syafiq azuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 09:46 Email | Share | Bookmark
TT is the Acronim for the "Teh Tarik " terms..



Salam.

Bertemu lagi kita dalam entry kali ini dengan topiknya~ TT
Apakah TT? TT sebenarnya Teh Tarik iaitu perbincangan tidak formal para fotografer dalam membincangkan isu-isu berbangkit atau berkaitan (kengkadang yang tiada kaitan pun di cerita jugak ). Apapun ianya diskusi ilmiah tidak rasmi yang dilangsungkan di kedai2 mamak ataupun kedai2 makn terpilih sahaja.

Berikut adalah laporan yang disediakan oleh saudara Ajeksilverhair (ajak). Terima kasih kepada beliau :


Berikut adalah senarai kehadiran pada mlm tadi :
1.ajek
2.syafik oren (aku le tu)
3.YB Razak
4.Abeja
5.Shaffik
6.Yon
7.Pawaka @ din
8.kingzool
9.Trisno
10.FeddyMokhtar
11.Ayeen2
12.Taktauapaper@akim
13.Ayares
14.Firdauz83
15.TheSubtlearts @ Fizal
16.Ezreen
17.Didiz

Kawan-kawan mula berkumpul di Restoran Alif start jam 845~915mlm.Setelah melakukan senaman pemanas badan seperti ketawa dan berbual sambil menggerakkan anggota badan, jam 945mlm perbincangan dimulakan.
Untuk menjadikan TT kali ini lebih serius dan formal, konsep pusingan meja dibuat dimana rakan-rakan yang hadir utk TT kali ini diberikan kesempatan untuk bercakap dan meluahkan pendapat.Topik perbincagan banyak ditumpukan kepada Seminar Jurufoto yg telah diadakan di Hotel Good Hope pada 1 Julai yang lepas.Soalan-soalan yang diajukan dikumpul dan dijawab oleh Saudara Din@pawaka dengan selamba sekali. Sebelum itu, sesi perkenalan diadakan kerana ada muka-muka baru sudah muncul pada TT kali ini.Ini adalah satu petanda yang baik untuk kita bersatu padu selepas ini.

Untuk menjadikan report ini lebih ringkas dan padat, aku list kan point-point perbincangan pada mlm tadi.

1.pemansuhan roll yang semestinya menjadi satu sbb kenapa sampai sekarang jurufoto Melayu khasnya tidak berganjak kehadapan.Maaf ya jika ada rakan-rakan di luar sana masih menggunakan Roll utk cas pelanggan anda.

2. kepada sesiapa yang sudah mula utk bertukar kepada Pakej, pesanan Din adalah anda kena list secara detail apa yang anda tawarkan dalam Pakej anda.Ini kerana, ia akan lebih nampak menarik dan item yang ditawarkan lebih banyak daripada Roll.Sedikit sebanyak pelanggan akan lebih tertarik dengan Pakej berbanding Roll.Cthnya Pakej A yang anda tawarkan mempunyai Custom Album, Frame, STicky dan DVD yang di hias indah berbanding Roll yang hanya Sticky Album.Perbezaan harga cuma rm200.So pelanggan akan pilih mana??

3.Cara untuk convince pelanggan juga amat penting kerana kefahaman pelanggan terhadap Pakej yang anda tawarkan cukup bermakna.Ini bermaksud, jika pelanggan anda betul2 faham tentang Pakej yang ditawarkan, maka dengan selamba pelanggan akan ambil Pakej anda.

4. Pengaruh Mak Andam dalam industri perkahwinan Melayu skrg ini mmg kuat.Tak dinafikan kebanyakan daripada kita dapat job adalah hasil dari connection yang ada dengan Mak Anda.Pernahkan anda terfkir dengan RM150 per roll berbaloi dengan tugas anda?Pernahkah anda terfikir sapa yang beli equipment?Pernahkan anda terfikir sapa yang design album?Kenapa kita kena ikut ckp Mak Andam?Kenapa kita perlu tunduk dengan Mak Andam?Sbbnya, org kita ni suka bertongkat.Nak buat duit tapi tak nak berusaha.Fahamkan?Kita biar Mak Andam control market kita.Kenapa?Oleh itu, sekarang ini, jika kita pakat ramai-ramai utk menaikkan harga, Mak Andam yang skrg ini tidak buleh terima dengan harga RM250 per roll akhirnya akan setuju.Ini disbbkan kita bersatu.Cuba mansuhkan sistem Roll yang biasa nya diguna pakai oleh Mak Andam.Peranan kita sekarang ini ialah MENDIDIK!

5.Kenapa kita perlu takut jika harga lantai yang ditetapkan akan membawa kesan kepada jurufoto2 seperti kehilangan pelanggan?Sampai bila anda semua nak diselubungi dengan perasaan takut?Anda takut kerana anda tak berani mencuba dan berusaha sebenarnya.Kepada rakan-rakan di luar sana yang mahu betul2 menceburi bidang ini, jika setakat hangat2 taik ayam, nak dapat duit tepi baik tak payah.Buat sbg hobi lagi bermakna.

6. Jurufoto adalah satu kerjaya.Bukan nya pencacai angkat tahi ye~Sedia maklum yang harga kamera DSLR mmg murah.Semua org berkemampuan untuk beli.Masing-masing buleh claim sbg pro sbb ada kamera bagak dan besar.So bg new comer, meraka tak kisah untuk jatuhkan harga sbb asalkan dapat duit, sudah memadai.org ckp duit tepi?ahaa...tolonglah fikirkan utk org yang serius dlm bidang ini.TELUS dan JUJUR penting dalam diri utk mendapat keberkatan.

7.SKILL!Ahaaa...ini juga penting!Tiada guna kalu anda semua naikkan harga tak setaraf dengan skill yang anda ada.Tidak kira anda org lama atau org baru, proses pembelajaran tetap ada.Untuk anda lebih maju, penyelidikan tentang style dan kemahuan pelanggan masa kini perlu.Walaupun anda telah lama memegang kamera dan style lama anda, tidak semestinya pelanggan boleh terima konsep yang anda ketengahkan.Bagi rakan-rakan yang baru pula, rajin2 utk join TT ataupun outing yang diadakan.Buangkan perasaan MALU dan SEGAN utk belajar.

Setakat ini sahaja ambo dpt sampaikan dari apa yang dibincangkan.Ambo harap, rakan-rakan di luar sana, bersedia utk berubah.Kerana martabat jurufoto Melayu khasnya amat rendah.Jgn spoil the market.Ambo pun tak leh paksa korang untuk berubah kerana yang buat berubah adalah DIRI ANDA SENDIRI!

Jam 11pm perbincangan ditamatkan.Ia diteruskan dengan acara tidak formal.

Jam 130am, suma mengundurkan diri.

Laporan tamat

tiga jam.. memadai untuk saya menuntut ilmu.. Terima Kasih kepada Ajak yang menjadi pengerusi majlis pada malam itu.

Sentiasa Syukur..
(ilmu bukan mudah dicari..)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net