sapektures
syafik
By: syafiq azuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 08:31 Email | Share | Bookmark
New Gear! Sony alpha HVL-F42Am Flash!



salam..

Alhamdullillah.. Lama tunggu.. dapat jugak flash ni. Gembira ke? mesti la. The most important item to make Your gadget complete. Harganya? hehe.. biarlah rahsia..


Hm.. untuk entry kali ini saya hendak mengupas persoalan yang sering diajukan kepada saya sampai saya pun bingung nak jawab.

Here it goes..
Antara soalan yang popular saya dapat :


Hui! banyak duit kau!

Kau tak rasa membazir ke?

Anak orang kaya.. boleh laa..


hm.. Kalau nak list down mmg tak habis..

Pertama-tama sekali :

1) Mungkin ada yang pelik, student macam saya beli DSLR yang harganya agak mahal di pasaran.. ? Yep, bende alah ni memang mahal.. saya pun kadang-kadang fikir 8kali bila nak beli gadget - gadget ini. Jujur cakap, saya gunakan duit sendiri dari pelbagai sumber (elaun+tabung buluh+simpanan) semua sebab minat + perlaburan jangka panjang. .

Semasa saya mula membeli kamera. Saya tanya diri saya " Ape gile ke kau ni keluar Ribu2 nak beli kamera?".. Membeli kamera ni pada pandangan orang mungkin untuk bergaya atau "poser". Terpulang.. But sebelum membeli kamera, I am telling myself that not to quit other than involving seriously in this industry Jadi antara dua, berundur atau teruskan.. Seperti kata Saiful nang ( One of the top wedding these days) dan Sape cakap cikgu tak boleh jadi juru foto??.

2) Membazir? Sebilangan orang akan berkata begitu.. Dari pada beli kamera baik beli bende lain yang bermanfaat. Buku ke ape ke..? well.. easy to say.. everyone has their own interest. saya gunakan analogi yang cukup mudah. Perokok, purata seminggu bagi perokok tegar adalah bersama dengan 5 kotak seminggu (contohnya).

(Anggap harga sekotak adalah RM5.00).

RM5.00 x 5 = RM 25 (seminggu)

RM25 x 4 = RM 100 (sebulan)

RM100 x 12bulan = RM 1200 (setahun)

Hanya beli rokok yang tiada nilai tambah untuk menambahkan pelaburan anda untuk jangka panjang (penyakit ada la). Jadi, kenapa tidak memarahi saja teman lelaki/ teman wanita anda yang perokok. Bukankan lebih membazir namanya? sudah la dibakar duitnya.. dapat penyakit lagi,,

Berbeza dengan gadget yang saya beli, ianya untuk pelaburan jangka panjang. Semuanya untuk kelengkapan dan kegunaan dlm industri ini (fotografi). Jadi, ianya bukan isu membazir atau tidak sekiranya benda yang anda laburkan mampu memberi pulangan. (oh ya, saya bukan perokok ). Nak kepastian ? tanya lah dengan pelabur-pelabur saham. Mereka tidak akan melabur keatas sesuatu yang akan memudaratkan mereka sendiri.. Begitu juga saya, saya tidak melaburkan sesuatu ke atas perkara yang sia-sia.

3) Yang terakhir, title anak orang kaya
Untuk pengetahuan kepada yang tak tahu, I am no body. Typical kampung boy. Balik kampung still pegi ladang sawit, mengait, menebas, mesin rumput, meracun. Tak ade masalah pun?. (lain la kalo ada anak orang kaya buat bende tu semua ).

Sebenarnya.. yang penting nawaitu kita dan kat mana kita letakkan diri kita. Terpulang untuk menerima atau tidak. Saya masih tetap begini.

seperti kata-kata Imam Saffie

" Memuaskan hati orang-orang disekeliling kamu adalah perkara yang mustahil kamu lakukan"

Sentiasa syukur
(ter"emo" pulak entry kali ni )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net