sapektures
syafik
By: syafiq azuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 22-Jun-2008 13:47 Email | Share | | Bookmark
Terus Membesar!

 


Semester baru bermula!. Pejam Celik, pejam celik dah Semester 4 dah~. Orait! Being older, Should be Better than before!. I am learning and will still learning! eah! learning.. learning..



Friday, 20-Jun-2008 06:40 Email | Share | | Bookmark
Pisang pancake

Lempeng pisang


Ada apa dengan lempeng pisang? Ceritanya begini. Jikalau saya pulang bercuti dikampung, rutin pagi saya setiap hari adalah. Bangun , solat dan kemudian tidor semula. Ibu mana yang suka tengok anaknya terbongkang pagi-pagi macam beruang kutub? Maka, secara kasih sayang seorang ibu, bonda saya memarahilah saya setiap hari kerana asyik sambung tidor.



walaupun begitu, saya tetap liat nak bangun pagi. (anak lelaki.. biasa la)

Tetapi, walaupun Beruang kutub mana saya pun. Mak saya tetap tak lupa buat sarapan. Sayang jugak dia dengan anak lelaki dia ni yee... Sarapan setiap hari yang selalu bonda saya buat adalah "lempeng pisang" . Tapi saya tak pasti nak namakan ia lempeng pisang atau lepat pisang. Fizikalnya adalah seperti lempeng tetapi ada daun pisang. KOnpius!!!!..

Hehe. Tetapi, konpius.. konpius.. tule makanan feveret hari2.

Mak, saya sayang kamoooo ( .. i think , i should say this more often.. )



Tuesday, 10-Jun-2008 12:30 Email | Share | | Bookmark
what every kampung boy do when they are getting bored?





Memancing! is what they do!. Haha. Jujur cakap, saya tak pernah memancing. Ini adalah kali pertama (mungkin masa kecik pernah, tapi tu dekat kolam yang ternak ikan.. memang la kompem dapat ikan)

5 Men with 5 Joran. The four men got A lot of fish and while me?... er.. hehe.. 1, The small one. But still, its fun. Tak tahu pulak memancing tu seronok. Ikan kecik pun ikan kecik la.. Janji dapat ikan.


Sunday, 8-Jun-2008 12:22 Email | Share | | Bookmark
First attempt dari saya



Cuti selama tiga minggu mula memberi kesan sindrom "kesusahatiansebabtiadaduit" yang amat teruk. Nasib baik sindrom tersebut dapat dikurangkan dengan kelahiran anak saudara ku yang comel. Nuryn (welcome to earth bebeh!).

Adus.. kering.. macam kemarau.. OK. Kembali ke topic, saya dapat first Wedding job ever!. Terima kasih kepada makcik saya iaitu merupakan mak andam yang tersohor di daerah kuala selangor (Darina Salon). Pasangan yang bertuah tersebut adalah Hayatul (yat) dan shahrizat (bob). Tahniah kepada beliau!.

Banyak yang dapat saya belajar. Mula segan tu memang ada. Tapi mak pernah cakap, "wan, kalau segan-segan kau tak dapat apa..". Jadi, menjadi juga lah wedding photographer.


Hasilnya? biasa2 je... BBB (budak baru belajar) le katakan. Tapi saya puas hati meng"shot" wedding hari tu. Akhir kata, Terima kasih kepada pasangan muda Hayatul (yat) dan shahrizat (bob). Terima kasih kerana sudi menerima hamba yang tak seberapa ini sebagai OP kalian. Semoga panjang umur murah rezeki dan anak ramai.


Thursday, 5-Jun-2008 12:14 Email | Share | | Bookmark
Welcome to earth bebeh !!




Alhamdullillah! Syukur pada Allah. Tanggal 5 Jun 2008, 2.00 ptg, lahirlah Seorang bayi comel (sebab follow pakciknya yang juga comel) bernama Nuryn Nazirah Zahra Bt. Muhammad Nazri ke Bumi. Welcome to earth bebeh!. Haha. Suka ke? Mestilah.. tak pernah jadi pakcik la katakan. Biasa orang panggil pakcik sebab nampak macam orang tuam Tapi kali ni orang akan pakcik sebab ada.. anak saudara! haha. Gembiranya.

Terima Kasih kepada kakak ku yang tercinta Suria sukma wirdaningseh ( don't mention me, nama dia memang Indonesian alike, and i'm almost..) kerana melahirkan anak sedara untuk ku disaat aku kesunyian (anak bongsu..). Sakit jugak rasanya sebab kakak kata bayi ikut tingkap (caesarian) dan bukannya pintu (normal birth).


Tahniah abang iparku sebab jadi bapa dan kakak ku sebab jadi Ummi. dan diri ku sebab jadi pakcik. ngeh.. ngeh..

p/s : Nuryn, pakcik sayang kamoo


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net