sapektures
syafik
By: syafiq azuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-Jul-2008 06:24 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan JuruFoto perkahwinan Johor!



Salam..

1Julai yg lalu bertempat di Hotel Good Hope Skudai telah diadakan perhimpunan mega bagi jurufoto-jurufoto wedding di sekitar negeri Johor. Penyertaan? Sangat.. sangat.. sangat .. memberangsangkan!. Tahniah kepada pengajur capturepix studio.

Antara detail perjumpaan tersebut adalah...

AHLI PANEL :

- Rushdi - Fotokahwin
- Saluddin - Art Creative
- Saifulnang - Candidsyndrome
- Cikgu Mat - Ideal Media


Kesemua topik berjaya di sentuh dan di huraikan oleh ahli panel.

1. Pengiraan Kos Fotografi & Harga Semasa
2. Peluang Bisnes Fotografi Sepenuh Masa vs Gaji (Separuh Masa)
3. Pelaburan dan Strategi Perniagaan Fotografi Perkahwinan
4. Memilih/Menilai Peringkat Pelanggan & Mendidik Pelanggan
5. Identiti (Trademark) Dalam Fotografi Perkahwinan
6. Harga Pakej vs Harga Rol
7. Pemasaran menerusi penjenamaan & teknologi (Internet)
8. Peranan & Tanggungjawab bersama anda sebagai jurufoto perkahwinan serta persatuan jurufoto perkahwinan


KEHADIRAN : 176 orang tidak termasuk penganjur.

Gambar2 :-


Didiz dari fotokahwin.com antara yang sudi berkongsi pengalaman.


Saluddin @putera pawaka dari artcreative, ahli panel yang lantang pada malam itu.



Saiful nang dari candidsyndrome. My main reason for join this seminar!.



hehe.. i'll meet someone that you'll never believe it. It's Cikgu Mat Shah from Ideal media. He is our former lecturer from IPTI

Even for four hours seminar. I've got a lot of useful knowledge. Terima Kasih semua kepada yang terlibat menjayakan malam tu!.

(All pictures and detail are credited to capturepix studios)


Sentiasa syukur!


Tuesday, 1-Jul-2008 04:08 Email | Share | | Bookmark
Kursus kepimpinan

 


50 peserta, 10 fasilitator termasuk saya. Objektif kursus kali ini? memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Maka, letih la kami, mendera, membebel, mepsiko dan mengacau. Tetapi rata-rata bagi kami kursus kali ini agak santai.

Pujian kepada perserta kursus! anda semua memang Terbaik! saya kagum dengan anda. Walaupun di dera berkali-kali tetapi masih tabah. Bagus.. bagus.. pemimpin macam ni la kita nak.



Kesempatan disini saya juga ingin memohom maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan ketika kursus tersebut kerana sayalah mat kacau anda ketika itu.

Hope to you people again! Keep on rollin!


Monday, 30-Jun-2008 13:58 Email | Share | | Bookmark
Hari mengira waktu

 



24 Jun, Hari mengira waktu. Kenapa mengirawaktu? Hm.. cuba anda dengar lagu Raihan " Demi Masa". Antara Bait-bait lagu tersebut"... demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.." ditambah lagi ".. ingat lima perkara sebelum lima perkara".. " dan "Hidup sebelum mati"..


Cukup membuatkan saya terfikir panjang bila umur dah mencecah 21 tahun ni. dah tua rupanya saya ni. Tap.. tup.. tap.. tup.. Dalam hati terfikir. "dah 21 tahun aku hidup, Tapi sampai bila ya?"... ...


Apa-apa pun sapek. Selamat Hari lahir.. (ade ke wish kepada diri sendiri?)



Monday, 30-Jun-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
What the Bus!!!

 


Saya tak suka puduraya. Kenapa? ada tiga sebab;

Pertama : Keadaan yang sangat sesak dan menyesakkan.

Kedua : Penuh dengan gas "Carbon Monoside" (Dari bas-bas kat situ)

Ketiga : Anda mudah kena KLEPET.


Biar saya terus kepada yang kene KLEPET. Apakah KLEPET? secara bahasa, ia mentakrif akan keadaan dimana anda telah ditipu hidup-hidup secara sedar atau tidak bergantung kepada situasi dan keadaan yang mana keadaan ini telah terjadi kepada SAYA sendiri!

Apa nak buat, maka dengan bangganya saya mengaku bahawa diri ini telah diklepet dengan jayanya oleh Ulat-ulat tiket kat puduraya. Al-Kisah, saya mencari tiket ke JOhor Bahru, tetapi tiket dah habis. Nak tak nak kene ambik dari ulat. Kene RM 40 hengget!! ( Makan nasi ayam dapat berapa dah weeeiii). Dalam hati, budget dapat bas persiaran ok la kot.. ternyata meleset sama sekali sangkaan itu..

Rupanya Ianya bas PEKERJA! Aduhai.. sabar je la.. Masa tu juga ramai jugak yang kene. Terpinga-pinga melihat bas yang pernah dikategori sebagai moden 20 tahun dahulu.
Kebetulan ada foreigner kat situ yang diturut di"klepet". Kesian pulak saya tengok.. mesti dia ingat kat KL ni Semua bas yang ada bas KILANG!.




Wednesday, 25-Jun-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
What it feels like to have a wings?

 


Bila tengok burung terbangkat langit, terfikir pulak. "Mesti seronok kalau ada sayap kan?".. Jadi kawan saya ini kegemarannya ialah terbang. Haha. Jadi la... terbang lah.. terbanglah! Sambil tgk pic diatas cuba korang sambil nyanyi lagu " I believe i can fly".

Bestnya terbang.. bestnya terbang..




[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net