Want your
own Fotopage?













 
sapektures
syafik
By: syafiq azuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Thursday, 30-Oct-2008 16:21 Email | Share | | Bookmark
Hijrah Itu pengorbanan.

 



Salam.. ini mungkin POST terakahir saya disini kerana selapas ini saya akan berhijrah ke rumah yang baru iaitu blogspot.

Kenapa saya berpindah?

1) Fotopages tampat yang baik.. cuma saya perlukan tempat yang lebih ideal supaya saya dapat mengekspresikan diri ini. (cheewah!)

2) Sebab saya rasa sudah sampai masanya saya untuk berhijtah (Cheewah lagi)

3) saya rasa anda pun patut berhijrah. (Racun.. racun..)

Ada banyak sebab2 yang lain lagi.. (malas nak tulis..)

Akhir kata.. terima kasih kepada semua yang sudi melawat dan memberikan komen yang panas, ganas dan bernas (saja nak ayat nampak kool) fotopagas saya yang tak seberapa ini. Teruskan menyokong saya (ada penyokong ke?) di blog saya iaitu (www.syafiqazuan.blogspot.com)

Sekian, Hingga berjumpa lagi.

ps: Saya mengalakkan anda untuk mengkaji asal-usul, hakmilik, susur galur FOTOPAGES ini. dan bila anda sudah mengetahuinya.. apa yang anada akan buat?


oo..
tak taula u reply ke tak komen ni..
tapi ape susur galur nye?

Fri 31-Oct-2008 00:24
Posted by:cookies!
oo..
tak taula u reply ke tak komen ni..
tapi ape susur galur nye?

Fri 31-Oct-2008 00:25
Posted by:cookies!
saya setuju dgn encik capek. mcm biase,, ubat gegat kaw berkesan. kaw gegatkanlah yg lain hahah well, moga bejaya! Fri 31-Oct-2008 15:44
Posted by:azaHmaeL  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Sep-2008 05:07 Email | Share | | Bookmark
Cuti!

Salam semua. maaf le lama tak post..
masa cuti maka dengan secara automatik FP ini turut cuti sekali.
(rumah xde tenet lee)

hehe. ini le dapatan masa cuti..













er... komen lah kengkawan.. bagi nangis pun xpa..

syukur selaloo..

Reply :

Schaira : er.. ada.. tap belum hapload lagi.. tak sempat. Next post will be!
Wed 10-Sep-2008 16:16
Posted by:syafik
gambar no 2 mcm kat teluk intan je.nice pit aku suka awan ko yang first 2 Thu 11-Sep-2008 18:04
Posted by:mohd bob sempoi_panasaran@yahoo.com
Reply :

BOB : haha, anda betui.. mmg kat teluk intan.. kampung kau bob. huhuhu.
Fri 12-Sep-2008 16:40
Posted by:syafik
View all 10 comments Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 17:29 Email | Share | | Bookmark
Koyak Gambar : Street Shot



Koyak gambar adalah bahasa pasar untuk sesi foto kritik. DImana kita akan menghantar sekeping gambar terbaik kita utk dinilai dan dikritik sebagai penambah baikkan.

Untuk gambar diatas saya biar saya ceritakan. Nama belaiau adalah Pak yusuf. Seorang yang cacat anggota. Kebetulan berada disitu kerana berehat di gerai rakan beliau seorang tukang kasut.

Jadi saya letakkan pic saya ketika Report street shot kami di PHOTOSCHOOL.
dan antara komen saya terima sangat memberangsangkan (walaupun pedas sedikit)


Quote:
INPUT:
Subject yg menarik.
Background & mood yg bersesuaian - nak kata cluttered tak tapi clean sgt, tak jugak, kira ok sahaja.
Feel & mood kurang, sebab emotion, facial expression subject kurang terserlah.
Ya saya pasti ianya menarik perhatian kerana beliau seorang yg cacat anggota tapi persoalannya sekarang - adakah sebagai photographer kita mengambil kesempatan keatas beliau atau kita mahu menyedarkan masyarakat tentang golongan ini? Itu persoalannya sekarang.

Kalau kita shoot suka2, boleh, tak salah...tapi kalau shoot & memberi kesedaran kepada masyarakat, lagi berfaedah, kan?

Adakah hati pemerhati akan rasa simpati kalau tgk gambar ini?
Mungkin, tapi rasa2nya, takder la impact sgt...composition kurang berjaya utk menimbulkan rasa emosi pemerhati....takat observe itu org kurang upaya & B&W menarik....apa pula faedahnya terhadap subject & masyarakat?

Personally saya tak pernah ambil peduli tajuk sesuatu gambar...apa yg saya personally pentingkan adalah caption, bukan tajuk.

OK berbalik kpd gambar ni....boleh improve lagi. Maybe kita kurang biasa berinteraksi dgn subject....ye ada yg akan kata tak perli interaksi utk dpt candid...betul & salah. Contoh yg saya mampu ketarakan, siri Uncle Ramu. Search dalam sekolah ni. Baca & fahamkan apa yg dikongsikan di situ.

Baca & fahamkan juga thread PJ-101. Mungkin anda akan lebih mengerti apa bezanya shot amatur & apa yg seorang professional akan compose.

No comments on camera setting & EXIF. Hakikatnya, bila dah guna DSLR, EXIF is nothing to be of a concern - you are supposed to know how to control the setting already before you evgen decide to purchase a DSLR. Kalau tidak, banyakkan lagi membaca la kawan2 ok?

HOW I WOULD HAVE DONE IT?
Based on m y very limited experience:
- observe subject & interaction dia dgn surrounding
- find a strong element to support the main subject
- wait for a decisive moment, anticipate his movements
- look for "conflict" - cacat vs sempurna sifat, sediih vs gembira - to compose a more impactful shot
- wait for eye contact or movement - dia membuat sesuatu seperti berusaha melambai element lain dgn tangan cacat beliau contohnya
- go for more dramatic angle - not straight forward
- shoot wider - include more elements to tell a better story


Anyway, good effort Syafix! Keep on improving!


Terima kasih En. Torque (antara orang yang pengalaman dalam Photoschool). Banyak yang saya belajar dari kritikan tu.

Improving? mestilah!!

Syukur selalu..

aku sokong apa yang mereka katakan.... Sun 27-Jul-2008 15:00
Posted by:Eayda eayda_littlestars@yahoo.com  - [Link]
panda bhaiya...mana pic baru..
cepat ler update..
Tue 19-Aug-2008 15:43
Posted by:schaira fleurynx_7@yahoo.com
panda bhaiya...mana pic baru..
cepat ler update..
Tue 19-Aug-2008 15:43
Posted by:schaira fleurynx_7@yahoo.com
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 09:46 Email | Share | | Bookmark
TT is the Acronim for the "Teh Tarik " terms..



Salam.

Bertemu lagi kita dalam entry kali ini dengan topiknya~ TT
Apakah TT? TT sebenarnya Teh Tarik iaitu perbincangan tidak formal para fotografer dalam membincangkan isu-isu berbangkit atau berkaitan (kengkadang yang tiada kaitan pun di cerita jugak ). Apapun ianya diskusi ilmiah tidak rasmi yang dilangsungkan di kedai2 mamak ataupun kedai2 makn terpilih sahaja.

Berikut adalah laporan yang disediakan oleh saudara Ajeksilverhair (ajak). Terima kasih kepada beliau :


Berikut adalah senarai kehadiran pada mlm tadi :
1.ajek
2.syafik oren (aku le tu)
3.YB Razak
4.Abeja
5.Shaffik
6.Yon
7.Pawaka @ din
8.kingzool
9.Trisno
10.FeddyMokhtar
11.Ayeen2
12.Taktauapaper@akim
13.Ayares
14.Firdauz83
15.TheSubtlearts @ Fizal
16.Ezreen
17.Didiz

Kawan-kawan mula berkumpul di Restoran Alif start jam 845~915mlm.Setelah melakukan senaman pemanas badan seperti ketawa dan berbual sambil menggerakkan anggota badan, jam 945mlm perbincangan dimulakan.
Untuk menjadikan TT kali ini lebih serius dan formal, konsep pusingan meja dibuat dimana rakan-rakan yang hadir utk TT kali ini diberikan kesempatan untuk bercakap dan meluahkan pendapat.Topik perbincagan banyak ditumpukan kepada Seminar Jurufoto yg telah diadakan di Hotel Good Hope pada 1 Julai yang lepas.Soalan-soalan yang diajukan dikumpul dan dijawab oleh Saudara Din@pawaka dengan selamba sekali. Sebelum itu, sesi perkenalan diadakan kerana ada muka-muka baru sudah muncul pada TT kali ini.Ini adalah satu petanda yang baik untuk kita bersatu padu selepas ini.

Untuk menjadikan report ini lebih ringkas dan padat, aku list kan point-point perbincangan pada mlm tadi.

1.pemansuhan roll yang semestinya menjadi satu sbb kenapa sampai sekarang jurufoto Melayu khasnya tidak berganjak kehadapan.Maaf ya jika ada rakan-rakan di luar sana masih menggunakan Roll utk cas pelanggan anda.

2. kepada sesiapa yang sudah mula utk bertukar kepada Pakej, pesanan Din adalah anda kena list secara detail apa yang anda tawarkan dalam Pakej anda.Ini kerana, ia akan lebih nampak menarik dan item yang ditawarkan lebih banyak daripada Roll.Sedikit sebanyak pelanggan akan lebih tertarik dengan Pakej berbanding Roll.Cthnya Pakej A yang anda tawarkan mempunyai Custom Album, Frame, STicky dan DVD yang di hias indah berbanding Roll yang hanya Sticky Album.Perbezaan harga cuma rm200.So pelanggan akan pilih mana??

3.Cara untuk convince pelanggan juga amat penting kerana kefahaman pelanggan terhadap Pakej yang anda tawarkan cukup bermakna.Ini bermaksud, jika pelanggan anda betul2 faham tentang Pakej yang ditawarkan, maka dengan selamba pelanggan akan ambil Pakej anda.

4. Pengaruh Mak Andam dalam industri perkahwinan Melayu skrg ini mmg kuat.Tak dinafikan kebanyakan daripada kita dapat job adalah hasil dari connection yang ada dengan Mak Anda.Pernahkan anda terfkir dengan RM150 per roll berbaloi dengan tugas anda?Pernahkah anda terfikir sapa yang beli equipment?Pernahkan anda terfikir sapa yang design album?Kenapa kita kena ikut ckp Mak Andam?Kenapa kita perlu tunduk dengan Mak Andam?Sbbnya, org kita ni suka bertongkat.Nak buat duit tapi tak nak berusaha.Fahamkan?Kita biar Mak Andam control market kita.Kenapa?Oleh itu, sekarang ini, jika kita pakat ramai-ramai utk menaikkan harga, Mak Andam yang skrg ini tidak buleh terima dengan harga RM250 per roll akhirnya akan setuju.Ini disbbkan kita bersatu.Cuba mansuhkan sistem Roll yang biasa nya diguna pakai oleh Mak Andam.Peranan kita sekarang ini ialah MENDIDIK!

5.Kenapa kita perlu takut jika harga lantai yang ditetapkan akan membawa kesan kepada jurufoto2 seperti kehilangan pelanggan?Sampai bila anda semua nak diselubungi dengan perasaan takut?Anda takut kerana anda tak berani mencuba dan berusaha sebenarnya.Kepada rakan-rakan di luar sana yang mahu betul2 menceburi bidang ini, jika setakat hangat2 taik ayam, nak dapat duit tepi baik tak payah.Buat sbg hobi lagi bermakna.

6. Jurufoto adalah satu kerjaya.Bukan nya pencacai angkat tahi ye~Sedia maklum yang harga kamera DSLR mmg murah.Semua org berkemampuan untuk beli.Masing-masing buleh claim sbg pro sbb ada kamera bagak dan besar.So bg new comer, meraka tak kisah untuk jatuhkan harga sbb asalkan dapat duit, sudah memadai.org ckp duit tepi?ahaa...tolonglah fikirkan utk org yang serius dlm bidang ini.TELUS dan JUJUR penting dalam diri utk mendapat keberkatan.

7.SKILL!Ahaaa...ini juga penting!Tiada guna kalu anda semua naikkan harga tak setaraf dengan skill yang anda ada.Tidak kira anda org lama atau org baru, proses pembelajaran tetap ada.Untuk anda lebih maju, penyelidikan tentang style dan kemahuan pelanggan masa kini perlu.Walaupun anda telah lama memegang kamera dan style lama anda, tidak semestinya pelanggan boleh terima konsep yang anda ketengahkan.Bagi rakan-rakan yang baru pula, rajin2 utk join TT ataupun outing yang diadakan.Buangkan perasaan MALU dan SEGAN utk belajar.

Setakat ini sahaja ambo dpt sampaikan dari apa yang dibincangkan.Ambo harap, rakan-rakan di luar sana, bersedia utk berubah.Kerana martabat jurufoto Melayu khasnya amat rendah.Jgn spoil the market.Ambo pun tak leh paksa korang untuk berubah kerana yang buat berubah adalah DIRI ANDA SENDIRI!

Jam 11pm perbincangan ditamatkan.Ia diteruskan dengan acara tidak formal.

Jam 130am, suma mengundurkan diri.

Laporan tamat

tiga jam.. memadai untuk saya menuntut ilmu.. Terima Kasih kepada Ajak yang menjadi pengerusi majlis pada malam itu.

Sentiasa Syukur..
(ilmu bukan mudah dicari..)

aku lewat sehari jer.. masa ni aku tgh kemas barang nak balik jb,, lenkali turun keh.. shafikk, gua da hupdate fp.. ha komen ar hehe Wed 9-Jul-2008 20:05
Posted by:tea_o  - [Link]
hahaha. dah kooomeeeenn.. kau la.. balik KL lama sngt .. hehe.. Thu 10-Jul-2008 08:12
Posted by:syafik the_syafiq@yahoo.com  - [Link]
la... knapa kalau ada TT slalu je tak dpt join... mana nak tau bila masa TT? ada tempat pemberitahuan ke? Thu 14-Aug-2008 13:21
Posted by:sarel cyrexzumn@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 08:31 Email | Share | | Bookmark
New Gear! Sony alpha HVL-F42Am Flash!



salam..

Alhamdullillah.. Lama tunggu.. dapat jugak flash ni. Gembira ke? mesti la. The most important item to make Your gadget complete. Harganya? hehe.. biarlah rahsia..


Hm.. untuk entry kali ini saya hendak mengupas persoalan yang sering diajukan kepada saya sampai saya pun bingung nak jawab.

Here it goes..
Antara soalan yang popular saya dapat :


Hui! banyak duit kau!

Kau tak rasa membazir ke?

Anak orang kaya.. boleh laa..


hm.. Kalau nak list down mmg tak habis..

Pertama-tama sekali :

1) Mungkin ada yang pelik, student macam saya beli DSLR yang harganya agak mahal di pasaran.. ? Yep, bende alah ni memang mahal.. saya pun kadang-kadang fikir 8kali bila nak beli gadget - gadget ini. Jujur cakap, saya gunakan duit sendiri dari pelbagai sumber (elaun+tabung buluh+simpanan) semua sebab minat + perlaburan jangka panjang. .

Semasa saya mula membeli kamera. Saya tanya diri saya " Ape gile ke kau ni keluar Ribu2 nak beli kamera?".. Membeli kamera ni pada pandangan orang mungkin untuk bergaya atau "poser". Terpulang.. But sebelum membeli kamera, I am telling myself that not to quit other than involving seriously in this industry Jadi antara dua, berundur atau teruskan.. Seperti kata Saiful nang ( One of the top wedding these days) dan Sape cakap cikgu tak boleh jadi juru foto??.

2) Membazir? Sebilangan orang akan berkata begitu.. Dari pada beli kamera baik beli bende lain yang bermanfaat. Buku ke ape ke..? well.. easy to say.. everyone has their own interest. saya gunakan analogi yang cukup mudah. Perokok, purata seminggu bagi perokok tegar adalah bersama dengan 5 kotak seminggu (contohnya).

(Anggap harga sekotak adalah RM5.00).

RM5.00 x 5 = RM 25 (seminggu)

RM25 x 4 = RM 100 (sebulan)

RM100 x 12bulan = RM 1200 (setahun)

Hanya beli rokok yang tiada nilai tambah untuk menambahkan pelaburan anda untuk jangka panjang (penyakit ada la). Jadi, kenapa tidak memarahi saja teman lelaki/ teman wanita anda yang perokok. Bukankan lebih membazir namanya? sudah la dibakar duitnya.. dapat penyakit lagi,,

Berbeza dengan gadget yang saya beli, ianya untuk pelaburan jangka panjang. Semuanya untuk kelengkapan dan kegunaan dlm industri ini (fotografi). Jadi, ianya bukan isu membazir atau tidak sekiranya benda yang anda laburkan mampu memberi pulangan. (oh ya, saya bukan perokok ). Nak kepastian ? tanya lah dengan pelabur-pelabur saham. Mereka tidak akan melabur keatas sesuatu yang akan memudaratkan mereka sendiri.. Begitu juga saya, saya tidak melaburkan sesuatu ke atas perkara yang sia-sia.

3) Yang terakhir, title anak orang kaya
Untuk pengetahuan kepada yang tak tahu, I am no body. Typical kampung boy. Balik kampung still pegi ladang sawit, mengait, menebas, mesin rumput, meracun. Tak ade masalah pun?. (lain la kalo ada anak orang kaya buat bende tu semua ).

Sebenarnya.. yang penting nawaitu kita dan kat mana kita letakkan diri kita. Terpulang untuk menerima atau tidak. Saya masih tetap begini.

seperti kata-kata Imam Saffie

" Memuaskan hati orang-orang disekeliling kamu adalah perkara yang mustahil kamu lakukan"

Sentiasa syukur
(ter"emo" pulak entry kali ni )

huhu.sadisnye Om dengar cite kamu..
tp ape2 pon2 aku sokong kamu..tp dgn syarat..
kau kne ajar aku tntang dunia Orange kipidup!!
Sat 12-Jul-2008 16:16
Posted by:Tykhah@7 conan_1711@yahoo.com  - [Link]
reply :
haha. agak le.. teremo pulak entry kali ni. orait! bole je.. tp dengan syarat. Kene ada oren dulu.
Sun 13-Jul-2008 16:04
Posted by:syafik the_syafiq@yahoo.com  - [Link]
menda rokok-rokok??? koang hajau dak ni.. blasah kang... tau r lu ada team wonder pets... ingat aku tak takut? i takut tau.... auuw... Thu 21-Aug-2008 07:32
Posted by:tak tau apaper la bro...
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 06:24 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan JuruFoto perkahwinan Johor!



Salam..

1Julai yg lalu bertempat di Hotel Good Hope Skudai telah diadakan perhimpunan mega bagi jurufoto-jurufoto wedding di sekitar negeri Johor. Penyertaan? Sangat.. sangat.. sangat .. memberangsangkan!. Tahniah kepada pengajur capturepix studio.

Antara detail perjumpaan tersebut adalah...

AHLI PANEL :

- Rushdi - Fotokahwin
- Saluddin - Art Creative
- Saifulnang - Candidsyndrome
- Cikgu Mat - Ideal Media


Kesemua topik berjaya di sentuh dan di huraikan oleh ahli panel.

1. Pengiraan Kos Fotografi & Harga Semasa
2. Peluang Bisnes Fotografi Sepenuh Masa vs Gaji (Separuh Masa)
3. Pelaburan dan Strategi Perniagaan Fotografi Perkahwinan
4. Memilih/Menilai Peringkat Pelanggan & Mendidik Pelanggan
5. Identiti (Trademark) Dalam Fotografi Perkahwinan
6. Harga Pakej vs Harga Rol
7. Pemasaran menerusi penjenamaan & teknologi (Internet)
8. Peranan & Tanggungjawab bersama anda sebagai jurufoto perkahwinan serta persatuan jurufoto perkahwinan


KEHADIRAN : 176 orang tidak termasuk penganjur.

Gambar2 :-


Didiz dari fotokahwin.com antara yang sudi berkongsi pengalaman.


Saluddin @putera pawaka dari artcreative, ahli panel yang lantang pada malam itu.



Saiful nang dari candidsyndrome. My main reason for join this seminar!.



hehe.. i'll meet someone that you'll never believe it. It's Cikgu Mat Shah from Ideal media. He is our former lecturer from IPTI

Even for four hours seminar. I've got a lot of useful knowledge. Terima Kasih semua kepada yang terlibat menjayakan malam tu!.

(All pictures and detail are credited to capturepix studios)


Sentiasa syukur!

Care to comment?


Tuesday, 1-Jul-2008 04:08 Email | Share | | Bookmark
Kursus kepimpinan

 


50 peserta, 10 fasilitator termasuk saya. Objektif kursus kali ini? memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Maka, letih la kami, mendera, membebel, mepsiko dan mengacau. Tetapi rata-rata bagi kami kursus kali ini agak santai.

Pujian kepada perserta kursus! anda semua memang Terbaik! saya kagum dengan anda. Walaupun di dera berkali-kali tetapi masih tabah. Bagus.. bagus.. pemimpin macam ni la kita nak.



Kesempatan disini saya juga ingin memohom maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan ketika kursus tersebut kerana sayalah mat kacau anda ketika itu.

Hope to you people again! Keep on rollin!

Reply :

Shadie : erk... nak keee..? kang aku carikan kang. kawin dengan cikgu la hang jawabnyee...
Tue 1-Jul-2008 17:08
Posted by:syafik the_syafiq@yahoo.com  - [Link]
hukhuk..
beshnye pics ni..
mcm besh jugak kursus ni..
Fri 11-Jul-2008 16:06
Posted by:schaira fleurynx_7@yahoo.com
Reply :

Schaira : tu la.. haku dah ajak pergi .. hang tak mau. Hahaha. Next season ye..
Fri 11-Jul-2008 22:33
Posted by:syafik the_syafiq@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 13:58 Email | Share | | Bookmark
Hari mengira waktu

 



24 Jun, Hari mengira waktu. Kenapa mengirawaktu? Hm.. cuba anda dengar lagu Raihan " Demi Masa". Antara Bait-bait lagu tersebut"... demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.." ditambah lagi ".. ingat lima perkara sebelum lima perkara".. " dan "Hidup sebelum mati"..


Cukup membuatkan saya terfikir panjang bila umur dah mencecah 21 tahun ni. dah tua rupanya saya ni. Tap.. tup.. tap.. tup.. Dalam hati terfikir. "dah 21 tahun aku hidup, Tapi sampai bila ya?"... ...


Apa-apa pun sapek. Selamat Hari lahir.. (ade ke wish kepada diri sendiri?)


dalam kehidupan perlu pandang ke hadapan
walau bagaimana cara pun..
walaupun kita cuba merancang
yg penting tindakan kita
ok happy besday syafik......
bukan tua ....kurang muda....kot
tq..mengingat aku setiap saat..
nice pic...
Sat 5-Jul-2008 19:35
Posted by:helmidonald helmiharris@yahoo.com.my
bagusnya..alhamdulillah Thu 10-Jul-2008 14:16
Posted by:otosan agmnhob@gmail.com  - [Link]
Alhamdulillah Thu 21-Aug-2008 10:30
Posted by:memer
View all 5 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
What the Bus!!!

 


Saya tak suka puduraya. Kenapa? ada tiga sebab;

Pertama : Keadaan yang sangat sesak dan menyesakkan.

Kedua : Penuh dengan gas "Carbon Monoside" (Dari bas-bas kat situ)

Ketiga : Anda mudah kena KLEPET.


Biar saya terus kepada yang kene KLEPET. Apakah KLEPET? secara bahasa, ia mentakrif akan keadaan dimana anda telah ditipu hidup-hidup secara sedar atau tidak bergantung kepada situasi dan keadaan yang mana keadaan ini telah terjadi kepada SAYA sendiri!

Apa nak buat, maka dengan bangganya saya mengaku bahawa diri ini telah diklepet dengan jayanya oleh Ulat-ulat tiket kat puduraya. Al-Kisah, saya mencari tiket ke JOhor Bahru, tetapi tiket dah habis. Nak tak nak kene ambik dari ulat. Kene RM 40 hengget!! ( Makan nasi ayam dapat berapa dah weeeiii). Dalam hati, budget dapat bas persiaran ok la kot.. ternyata meleset sama sekali sangkaan itu..

Rupanya Ianya bas PEKERJA! Aduhai.. sabar je la.. Masa tu juga ramai jugak yang kene. Terpinga-pinga melihat bas yang pernah dikategori sebagai moden 20 tahun dahulu.
Kebetulan ada foreigner kat situ yang diturut di"klepet". Kesian pulak saya tengok.. mesti dia ingat kat KL ni Semua bas yang ada bas KILANG!.



haha..sudah aku bilang sama kamo..
beli tiket awal2..
tp kamu...isk2..
memg carik pasal..
wat should i say???

PADAN MUKA
Thu 3-Jul-2008 04:54
Posted by:Tykhah@7 conan_1711@yahoo.com  - [Link]
hoho, mana saya tahu dong.. ingat mesti ada bus.. rupanya bus kilang ~ Fri 4-Jul-2008 14:20
Posted by:syafik the_syafiq@yahoo.com  - [Link]
nasib baik hang smpai baik dia x atar hang kat kilang............ itu pengalaman..... Sat 5-Jul-2008 19:26
Posted by:helmidonald helmiharris@yahoo.com.my
Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
What it feels like to have a wings?

 


Bila tengok burung terbangkat langit, terfikir pulak. "Mesti seronok kalau ada sayap kan?".. Jadi kawan saya ini kegemarannya ialah terbang. Haha. Jadi la... terbang lah.. terbanglah! Sambil tgk pic diatas cuba korang sambil nyanyi lagu " I believe i can fly".

Bestnya terbang.. bestnya terbang..



oi..ko perkotak katikan aku!!!!!!!!! Wed 2-Jul-2008 16:26
Posted by:chong mr_bochz@yahoo.com
oi..ko perkotak katikan aku!!!!!!!!! Wed 2-Jul-2008 16:27
Posted by:chong mr_bochz@yahoo.com
erk? mane adee~ Fri 4-Jul-2008 14:22
Posted by:syafik the_syafiq@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.